Orange Upside Down Cake
- Nov 17, 2025
- 2 min read
Kek Mentega Oren Terbalik ialah sejenis kek yang unik kerana disusun dengan hirisan oren di bahagian dasar loyang sebelum adunan kek dituangkan. Setelah dibakar, kek ini diterbalikkan, lalu hirisan oren yang sebelum ini berada di bawah akan berada di atas permukaan kek. Inilah yang memberikan nama “kek terbalik”.

Teksturnya lembut, gebu dan berlemak hasil daripada adunan mentega, manakala aroma sitrus daripada oren memberi rasa segar yang menyeimbangkan kemanisan kek. Kombinasi ini menjadikan kek bukan sahaja sedap dimakan, malah tampil cantik dan menarik tanpa perlu hiasan tambahan yang rumit.
Kek ini sangat sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, teman minum petang, ataupun sebagai kek ringkas untuk majlis keluarga. Dengan gabungan rasa klasik mentega dan keharuman oren, setiap potongan pasti membangkitkan selera dan meninggalkan rasa yang menyenangkan.
Kenapa dinamakan Upside Down Cake?
Nama upside down ni datang sebab kek ni dibakar dengan hirisan buah di bahagian bawah loyang, dan bila siap, kita terbalikkan dia!
Bahagian atas kek akan jadi lapisan buah yang cantik, berkilat dan berwarna keemasan.
Untuk versi ni, kita guna buah oren segar, rasa manis-masamnya seimbang, dan warnanya memang memikat mata!
🍊 Bahan-Bahan Utama & Fungsinya dalam Upside Down Orange Cake
(Sila rujuk kad resipi di bawah untuk sukatan penuh)
🧈 Butter / Minyak Zaitun
Butter memberikan rasa kaya dan tekstur lembap pada kek. Jika ingin versi lebih ringan, boleh gantikan dengan minyak zaitun atau vegan butter kerana bahan ini akan cair dalam adunan. Butter juga membantu menambah aroma dan rasa yang lebih gebu.
🍬 Gula
Untuk resipi ini, gula perang disarankan kerana ia memberikan rasa karamel yang lebih mendalam dan warna keemasan pada lapisan oren. Namun, gula pasir biasa juga boleh digunakan. Jika ingin rasa yang lebih “caramelized”, gunakan gula perang atau Demerara sugar.
🍊 Oren Segar
Bintang utama resipi ini! Gunakan oren bersaiz sederhana. Jika besar, cukup 3 biji; jika kecil, gunakan 4. Selain memberi rasa masam manis yang seimbang, oren juga menambah kelembapan semula jadi pada kek. Boleh guna pelbagai jenis oren seperti navel, cara cara atau blood orange bergantung pada cita rasa dan warna yang diinginkan.
🍊 Parutan Kulit Oren (Orange Zest)
Inilah rahsia aroma wangi kek ni! Parutan kulit oren menambahkan “punch” rasa segar yang menaikkan keseluruhan profil rasa kek. Pastikan hanya parut bahagian luar kulit oren, jangan sampai ke bahagian putih (pith) kerana ia pahit.
🍳 Telur
Telur memberi struktur dan membantu kek mengembang dengan cantik. Ia juga menjadikan tekstur kek lebih gebu dan stabil selepas dibakar.
🌾 Tepung Naik Sendiri
Tepung ini sudah mengandungi bahan penaik (baking powder), menjimatkan langkah tambahan.Ia membantu kek naik sekata dan lembut. Jika guna tepung gandum, tambah 1 ½ sudu kecil baking powder.
🥛 Susu / Susu Alternatif
Susu berfungsi melembutkan tekstur adunan dan membantu adunan sebati dengan lebih baik. Boleh guna susu penuh krim, susu segar, atau susu tumbuhan seperti almond milk atau soy milk mengikut kesesuaian.
1
Gunakan Oren Segar
Pilih oren yang manis dan berjus seperti Navel orange atau Valencia. Elakkan oren yang terlalu masam kerana ia boleh mengganggu keseimbangan rasa kek.
2
Masak Gula & Air Sehingga Sedikit Pekat
Untuk lapisan bawah, masak gula kastor bersama air sehingga menjadi sirap sedikit pekat (jangan sampai perang). Ini membantu buah melekat elok dan tidak berair selepas diterbalikkan.
3
Loyang Perlu Dilapik & Disapu Mentega
Sapukan mentega pada dasar loyang atau gunakan kertas pembakar supaya lapisan oren tidak melekat bila diterbalikkan nanti.
4
Jangan Pukul Adunan Terlalu Lama
Selepas masukkan tepung dan susu, pukul sekadar sebati sahaja. Pukul terlalu lama akan menyebabkan kek menjadi padat dan tidak gebu.
5
Sajian & Penyimpanan
Kek ini enak dimakan suam atau sejuk. Jika mahu simpan, tutup rapat dan letakkan dalam peti sejuk — tahan 3 hingga 4 hari.
Notes



1
Potong oren nipis-nipis (buang biji). Masak air dan gula dalam periuk hingga gula larut dan sedikit pekat. Masukkan buah oren yang telah dipotong nipis ke dalam periuk dan masak sehingga lebih kurang 15 minit.
Susun hirisan buah oren di dasar loyang bersaiz 7 inci.



2
Dalam mangkuk, pukul mentega dan gula hingga kembang dan pucat. Masukkan telur satu per satu, pukul rata setiap kali.



3
Masukkan parutan kulit oren dan jus oren/Sunquick. Kemudian, masukkan tepung dan susu secara bergilir, pukul hingga sebati.



4
Tuang adunan ke atas lapisan oren dalam loyang dan bakar pada suhu 150°C selama 30 minit atau hingga masak (uji dengan lidi).



5
Setelah kek masak, terus keluarkan daripada loyang dengan berhati-hati. Sejukkan kek lebih kurang 30 minit sebelum makan. Sedia untuk dihidang.
Instructions
3 biji buah oren
1 cawan air
1/2 cawan gula kastor
Lapisan Oren
3/4 cawan mentega (tanpa garam)
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur (gred A)
1 1/2 cawan tepung kek
1/4 cawan susu segar
1 sb parutan kulit oren
3 sb jus oren / sunquick
Adunan Kek
ORANGE UPSIDE DOWN CAKE
Author Bake Mastery
Wan Norazrin Ezazy

Ada hari-hari yang kita rasa nak buat kek yang simple tapi wow kan? 😍
Nah, inilah resepi yang sesuai — Upside Down Orange Cake!
Gabungan rasa oren segar dengan kek lembap dan gebu ni memang buat siapa pun cair. Aroma oren yang wangi semerbak dari dapur pasti buat satu rumah tersenyum.
6-8
Mise-en-place
10 min
Baking Time
45 min
Cooling Time
30 min
Total Time
1 hour 25 min





Comments