
KURSUS KEK
& KONFEKSIONERI
Kursus Kek dan Konfeksioneri merupakan salah satu kursus pengkhususan yang ditawarkan di bawah Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional terpilih.
Program Seni Kulinari memberi asas yang kukuh kepada pelajar dalam penyediaan makanan, operasi dapur, dan kreativiti kulinari. Ia direka bentuk untuk melahirkan profesional mahir bagi industri hospitaliti dan perkhidmatan makanan.
SIAPA YANG MEMBANGUNKAN LAMAN WEB INI?
Wan Norazrin Ezazy Binti Wan Affendi
..
Beliau merupakan pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal (Instruksi Reka Bentuk dan Teknologi) di UTHM, dengan latar belakang dalam bidang Seni Kulinari. Minat mendalam dalam bidang kek dan konfeksioneri mendorong beliau untuk berkongsi pengetahuan, resipi, serta amalan terbaik yang relevan dalam bidang tersebut.
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas Ezazys Dessert House, sebuah bakeri berasaskan rumah. Melalui laman ini, beliau berhasrat untuk menyebarkan ilmu, resipi, dan maklumat bermanfaat yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar, pendidik, serta masyarakat umum yang berminat dalam bidang kek dan konfeksioneri.








