top of page
WhatsApp Image 2025-09-22 at 17.04.42_7534b6cf.jpg

KURSUS KEK & KONFEKSIONERI

Kursus Kek & Konfeksioneri merupakan satu program dalam bidang seni kulinari yang memfokuskan kepada kemahiran pembuatan kek, pastri, roti, manisan, dan produk konfeksioneri. Kursus ini merangkumi aspek teori dan amali dalam penghasilan produk bakeri yang berkualiti tinggi, termasuk teknik hiasan kek, penyediaan pencuci mulut, serta penggunaan peralatan moden dalam industri bakeri.

Objektif 
Pembelajaran

  1. Pelajar dapat menghuraikan jenis-jenis tepung, gula, pelbagai bahan ramuan dan bagaimana bahan-bahan ini mempengaruhi hasil akhir produk kek dan konfeksioneri.

  2. Pelajar dapat menyediakan produk pastri dan konfeksioneri dengan teknik penyediaan dan hiasan yang betul.

  3. Pelajar dapat mengenalpasti penggunaan alatan, perkakas dan peralatan dalam pengeluaran kek dan konfeksioneri.

Topik 2 : 
High Fat / Shortened Cake

WhatsApp Image 2025-09-22 at 17.04.41_2589e492.jpg

Ciri - Ciri Shortened Cake

  • Mengandungi lemak dalam jumlah yang tinggi, biasanya lebih banyak daripada kandungan gula atau tepung. 

  • Tekstur kek adalah lembut, gebu dan moist.

  • Rasa kek lebih kaya dan berlemak.

  • Kaedah penyediaan biasanya menggunakan kaedah krim (creaming method), di mana lemak dan gula dipukul hingga kembang sebelum bahan lain ditambah.

Rujukan

1. Gisslen,W (2017), Professional Baking (7th Edition). John Wiley & Sons, Inc, NJ.

2. Clark,P , Apellin, L , Clement_May,J et al (2014) The Art of Sugarcraft: Sugarpaste Skills, Sugar flowers, Modelling, Cake Decorating, Baking, Patisserie, Chocolate, Royal Icing and Commercial Cakes. B.Button Publishing

3. Labensky,R , Martel, A & Damme, V (2015) On Baking: A Textbook of Baking & Pastry Fundamentals 3rd edition. Pearson

bottom of page