top of page
Search

Chocolate Moist Cake

  • Nov 19, 2025
  • 2 min read

Kek Coklat Moist sentiasa menjadi pilihan ramai kerana teksturnya yang lembut, gebu dan paling penting, sangat moist! Sama ada untuk sambutan hari jadi, majlis kecil-kecilan, jualan bakeri ataupun untuk hidangan manis di rumah, kek ini memang tak pernah mengecewakan. Dengan gabungan serbuk koko berkualiti, minyak dan susu, kek ini menghasilkan rasa coklat yang pekat serta tekstur yang basah dan cair di mulut.


Salah satu sebab utama kek coklat moist digemari ialah ia sangat mudah dibuat. Kek ini juga serba guna, boleh dimakan begitu sahaja, ditambah topping ganache, atau dihias mengikut citarasa.


Yang paling best, kek coklat moist kekal lembap walaupun disimpan semalaman. Malah, ramai yang kata ia lebih sedap keesokan hari kerana rasa coklat lebih sebati. Jika anda sedang mencari resepi kek coklat moist yang mudah, stabil, dan sesuai untuk pemula hingga ke tahap profesional, inilah resipi yang sempurna untuk anda cuba.



Mengapa Kek Coklat Moist Ini Istimewa?

  • Menggunakan minyak yang menjadikan kek jauh lebih lembap berbanding butter.

  • Sukatan yang stabil dan tidak mudah bantat.

  • Sesuai untuk cupcakes, sheet cake, atau layered cake.


Bahan-Bahan Utama & Fungsinya dalam Kek Coklat Moist


🍫 Serbuk Koko

Memberi warna gelap, aroma coklat yang pekat dan rasa yang lebih mendalam.


🛢️ Minyak Jagung

Berbanding mentega, minyak mengekalkan kelembapan lebih lama dan menjadikan kek sangat moist walaupun selepas disejukkan.


🍬 Gula Kastor

Memberi kemanisan seimbang sambil membantu mengekalkan tekstur lembut dan moist. Juga penting untuk kestabilan adunan.


🥚 Telur

Menambah struktur, memberikan volume, serta membantu kek lebih gebu dan kukuh untuk dipotong.


🥛 Susu / Susu Cair / Buttermilk

Memberi kelembutan tambahan dan membantu menghasilkan tekstur yang halus. Asid dari susu (terutama buttermilk) juga membantu pengaktifan soda bikarbonat.


🌾 Tepung Gandum / Tepung Kek

Memberi struktur asas kek. Jika mahu lebih lembut, ayak beberapa kali untuk kurangkan gluten.


🧪 Baking Soda & Baking Powder

Kombinasi kedua-duanya membantu kek naik dengan baik serta menghasilkan tekstur moist dan tidak padat.


1

Guna minyak, bukan mentega

Minyak menjadikan tekstur kek lebih lembap dan kekal moist walaupun selepas disejukkan.

2

Jangan terlebih pukul adunan

Gaul sekadar sebati sahaja. Overmix akan buat kek keras dan padat.

3

Guna loyang yang dialas

Alas dasar loyang dengan baking paper supaya kek mudah dikeluarkan tanpa pecah.

4

Jangan terlebih bakar

Kek coklat moist mudah menjadi kering. Bakar sehingga center set dan tester keluar dengan sedikit serdak basah.

Notes
1.jpg
2.jpg
3.jpg

1

Ayak tepung kek dan serbuk koko. Kemudian masukkan kesemua bahan lain seperti minyak jagung, gula kastor, susu pekat, susu cair, telur dan esen vanila.

Putar kesemua bahan ini sehingga sebati dan adunan menjadi licin.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

2

Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah di gris dengan mentega dan dilapis dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau sehingga masak.

Setelah kek masak, terus keluarkan daripada loyang dan sejukkan.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

3

Untuk membuat Chocolate Ganache, panaskan whipping cream terlebih dahulu di atas api (sekadar panas sedikit, tidak sampai mendidih) dan tuangkan ke atas dark chocolate. Gaul sehingga coklat mencair dan sebati dengan whipping cream.

Tutup mangkuk adunan menggunakan plastic wrap dan sejukkan di dalam chiller dalam 15-20 minit.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

4

Putar chocolate ganache sekejap sehingga agak kental dan boleh terus dihias pada kek coklat. Selamat mencuba!

Instructions

2 cawan tepung kek

1 cawan serbuk koko

1 1/4 cawan susu segar / susu cair

1 cawan minyak jagung

1 cawan gula kastor

1/2 cawan susu pekat

3 biji telur (gred A)

1 sudu kecil esen vanila

Chocolate Moist Cake

1 3/4 cawan dark chocolate

1 1/2 cawan whipping cream

Chocolate Ganache
Chocolate Moist Cake
Bake Mastery
Wan Norazrin Ezazy
women chef with white background (3) (1).jpg

Chocolate Moist Cake ini terkenal dengan teksturnya yang sangat lembut, basah dan kaya dengan rasa coklat. Resipi ini menggunakan gabungan koko berkualiti, susu, serta minyak untuk menghasilkan kek yang kekal moist walaupun disimpan semalaman.

8 Servings

Prep Time

10 min

Baking Time

40 min

Cooling Time

20 min

Total Time

1 hour 10 min

average rating is 5 out of 5
header image
 
 
 

Comments


bottom of page