
Kaedah 2 Peringkat
Kaedah 2 peringkat juga dikenali sebagai two-stage mixing method atau high-ratio mixing method. Digunakan untuk menghasilkan kek bertekstur halus dan lembap. Kaedah ini sesuai untuk kek yang mempunyai nisbah gula dan cecair lebih tinggi berbanding tepung.

Langkah - Langkah Kaedah 2 Peringkat
Peringkat Pertama :
-
Campurkan semua bahan kering (tepung, serbuk penaik, gula, garam) bersama lemak (mentega/shortening).
-
Pukul pada kelajuan perlahan hingga bergaul rata dan bertekstur seperti serbuk roti.
-
Tambah sebahagian cecair (contoh: susu) dan pukul sehingga sebati.
Peringkat Kedua :
-
Masukkan baki cecair (biasanya campuran susu + telur + esen).
-
Pukul secara berperingkat pada kelajuan sederhana sehingga adunan halus dan gebu.
Kelebihan Kaedah 2 Peringkat


-
Menghasilkan tekstur kek yang sangat lembap, lembut dan halus.
-
Struktur adunan lebih stabil walaupun gula tinggi.
-
Kek lebih tahan lama kelembapannya.