top of page
Search

Devil's Chocolate Cake

  • Nov 18, 2025
  • 2 min read

Devil’s Chocolate Cake ialah sejenis kek coklat klasik yang terkenal dengan tekstur yang sangat lembap, rasa coklat yang pekat dan kaya, serta warna gelap yang dramatik. Kek ini dinamakan “devil’s” kerana rasanya yang sangat indulgent, penuh coklat dan lebih “jahat” daripada kek coklat biasa.


Teksturnya lembut, moist dan gebu hasil penggunaan serbuk koko berkualiti, buttermilk atau susu, serta minyak yang membantu mengekalkan kelembapan. Rasa coklatnya yang kuat pula datang daripada gabungan koko gelap dan kopi panas (optional) yang menyerlahkan aroma koko.

Kek ini sangat sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, kek hari jadi, ataupun sebagai hidangan istimewa untuk tetamu. Setiap potongan memberikan rasa yang mewah dan memuaskan, sempurna untuk penggemar coklat.



Kenapa Dinamakan Devil’s Chocolate Cake?


Nama “Devil’s” muncul kerana kek ini:

  • Menggunakan koko gelap → warna lebih hitam, rasa lebih pekat.

  • Teksturnya lebih moist dan kaya berbanding kek coklat biasa.

  • Rasa coklatnya lebih “sinful”, penuh godaan dan sangat kuat.


Ia merupakan versi yang lebih bold dan lebih mewah daripada standard chocolate cake, menjadikannya kegemaran ramai untuk majlis besar atau bila craving coklat datang menyerang.


Bahan-Bahan Utama & Fungsinya dalam Devil’s Chocolate Cake


🍫 Serbuk Koko Berkualiti (Dutch-process / Natural)

Inilah kunci warna gelap dan rasa pekat kek ini. Lagi berkualiti koko, lagi naik aroma coklatnya. Dutch-process koko memberi warna lebih hitam dan rasa lebih smooth.


☕ Kopi Panas

Kopi membantu mengaktifkan rasa coklat, menjadikannya lebih intens. Tidak akan rasa kopi, hanya coklat yang lebih “deep”.


🧈 Minyak / Minyak + Butter

Minyak memberikan tekstur kek yang super moist kerana ia kekal cair walaupun selepas sejuk. Jika tambah sedikit butter, kek akan dapat aroma yang lebih wangi dan kaya.


🍬 Gula

Gula bukan sahaja memberi rasa manis tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan dan struktur kek. Untuk kek jenis moist, gula memainkan peranan penting.


🥛 Buttermilk / Susu

Buttermilk memberikan rasa sedikit masam yang seimbang, membantu kek lebih lembut dan ringan. Jika tiada, susu + lemon boleh digunakan.


🍳 Telur

Memberi struktur dan stabilkan tekstur kek supaya naik elok dan tidak terlalu rapuh.


🌾 Tepung Gandum / Tepung Naik Sendiri

Digunakan untuk memberi tekstur struktur tetapi tetap lembut. Jika guna tepung gandum, pastikan tambah baking powder.


🧂 Baking Soda / Baking Powder

Bahan penaik penting untuk kek naik cantik dan tidak padat.

1

Serbuk kopi dan air panas

Air panas “mengaktifkan” koko dan jadikan kek lebih moist. Kopi pula menguatkan rasa coklat tanpa bagi rasa kopi.

2

Jangan terlebih pukul selepas masukkan tepung

Overmix buat kek padat dan keras. Gaul perlahan sehingga tepung hilang sahaja.

3

Ayak serbuk koko dan tepung

Devil’s chocolate cake mudah dapat ketulan koko. Mengayak buat adunan lebih smooth dan tekstur kek lebih halus.

Notes
1.jpg
2.jpg
3.jpg

1

Ayak serbuk koko. Masukkan minyak jagung ke dalam mangkuk yang berisi serbuk koko dan gaul rata menggunakan whisk. Ketepikan.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

2

Dalam mangkuk adunan yang lain, putar mentega dan gula perang. Masukkan serbuk koko yang telah digaul bersama minyak jagung tadi.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

3

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kemudian, masukkan esen vanila. Gaul rata. Masukkan tepung kek berselang seli dengan susu segar dan sour cream sehingga ketiga-tiga bahan ini habis.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

4

Dalam mangkuk kecil, satukan air panas dan serbuk kopi. Gaul sehingga serbuk kopi larut dan masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup balik dengan perlahan sehingga semua bahan sebati dengan baik.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

5

Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 7 inci yang telah dilapiskan kertas minyak. Bakar kek pada suhu 160°C selama 40 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak terus keluarkan daripada loyang dan sejukkan.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

6

Untuk membuat chocolate butter cream, putar mentega sehingga agak lembut. Kemudian masukkan gula aising dan susu pekat. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan putar sehingga sebati.

1.jpg
2.jpg
3.jpg

7

Hias kek dengan butter cream dan juga boleh mengikut kreativiti anda. Selamat mencuba!

Instructions

1/2 cawan mentega (tanpa garam)

1/2 cawan gula perang

2 cawan tepung kek

1 cawan serbuk koko

1/2 cawan minyak jagung

3 biji telur (gred A)

1/2 sudu kecil esen vanila

1/2 cawan sour cream

1/2 cawan susu segar

1 cawan air panas

1 sudu besar serbuk kopi

Devil's Chocolate Cake

3 1/2 sudu besar susu pekat

1 1/2 cawan mentega (tanpa garam)

1/2 cawan serbuk koko

2/3 cawan gula aising

Chocolate Butter Cream
Devil's Chocolate Cake
Bake Mastery
Wan Norazrin Ezazy
women chef with white background (3) (1).jpg

Devil’s Chocolate Cake ialah kek coklat yang sangat lembap, gelap dan penuh rasa coklat yang pekat. Teksturnya lembut dan moist hasil penggunaan koko berkualiti serta campuran susu atau buttermilk, menjadikannya lebih kaya berbanding kek coklat biasa.

8

Prep Time

10 min

Baking Time

40 min

Cooling Time

30 min

Total Time

1 hour 20 min

average rating is 5 out of 5
header image
 
 
 

Comments


bottom of page