
Kaedah Krim
Kaedah krim merupakan teknik asas dalam penyediaan kek, terutamanya kek bertekstur ringan dan gebu. Kaedah ini melibatkan proses mengadun lemak (mentega/shortening/margarin) bersama gula sehingga campuran menjadi ringan, kembang, dan pucat sebelum bahan lain dimasukkan. Tujuan utama ialah untuk memerangkap udara dalam adunan yang membantu kek naik dan menghasilkan tekstur lembut.

Langkah - Langkah Kaedah Krim
-
Putar lemak dan gula sehingga kembang, bewarna pucat dan ringan.
-
Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati.
-
Masukkan bahan kering (tepung, serbuk penaik) secara berperingkat, berselang-seli dengan bahan cecair (susu, air, esen).
-
Kacau rata hingga sebati – elakkan terlebih kacau selepas tepung dimasukkan untuk mengelakkan gluten terbentuk berlebihan.
-
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan bakar mengikut suhu resipi.
Kelebihan Kaedah Krim


-
Menghasilkan kek bertekstur gebu, ringan, dan halus.
-
Sesuai untuk pelbagai jenis kek berperisa.
-
Boleh menghasilkan variasi resepi dengan menukar bahan perisa.



