top of page

Profil

WhatsApp Image 2023-10-17 at 11.00.26_c4e0dbcd.jpg
photo_2025-05-22_09-28-43-removebg-preview.png

Wan Norazrin Ezazy Binti Wan Affendi

Saya merupakan pelajar Sarjana Pendidikan Teknikal (Instruksi Reka Bentuk dan Teknologi) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan latar belakang dalam bidang Seni Kulinari. Pengalaman akademik dan praktikal dalam dunia kulinari telah membentuk minat yang mendalam terhadap bidang kek dan konfeksioneri. Selain itu, saya juga merupakan pengasas Ezazys Dessert House, sebuah bakeri berasaskan rumah yang menjadi ruang untuk saya mengembangkan kreativiti serta kemahiran dalam pembuatan kek moden.

Melalui platform Bake Mastery, saya berhasrat untuk berkongsi resipi, teknik, serta ilmu berkaitan kek dan konfeksioneri bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada sesiapa yang ingin memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Saya percaya bahawa seni kulinari bukan sekadar kemahiran, tetapi juga medium untuk berkreativiti dan memberi inspirasi kepada orang lain.

Bidang Kepakaran

  • Seni Kulinari 

  • Reka bentuk bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan teknologi

  • Pengunaan Microsoft Sway - untuk pembangunan bahan interaktif & pembentangan digital

  • Penggunaan Canva – reka bentuk visual, infografik & modul pembelajaran

  • Pembangun OER (Open Educational Resources) bagi Kursus Kek & Konfeksioneri

  • Penggunaan Canvas - platform pembelajaran digital

  • Integrasi media interaktif dalam bahan pengajaran (video & QR Code) 

Pendidikan

2024- terkini

Sarjana Pendidikan Teknikal (Instruksi Reka Bentuk dan Teknologi)  

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

2021 - 2024

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) Dengan Kepujian

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

2014 -2017

Diploma Seni Kulinari

Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip

Kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Teknikal, dengan fokus kepada reka bentuk pengajaran dan integrasi teknologi dalam pengajaran serta pembelajaran. Pengajian ini memperkukuh kemahiran akademik dan penyelidikan, di samping membuka ruang untuk pembangunan inovasi dalam bahan bantu mengajar.

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kelas pertama dalam bidang katering, yang memberi asas kukuh dalam teori, amali serta seni penyediaan makanan.

Melengkapkan pengajian diploma dengan pengkhususan dalam seni kulinari. Pengajian ini menekankan kemahiran asas kulinari, teknik penyediaan makanan, serta pengurusan dapur secara profesional

Pengalaman

2024

Kolej Vokasional Dato' Undang Haji Muhamad Sharip

Latihan Mengajar 

  • Membantu dalam pengajaran di dalam kelas dan memudah cara aktiviti pembelajaran pelajar.

  • Menyediakan bahan pengajaran dan mengurus penyampaian pelajaran berdasarkan standard kurikulum.

2019 - 2020

Eagle Ranch Resort, Port Dickson

2018

Dommal Food Service Sdn Bhd (Domino's Pizza)

F&B Secretary

  • Membaharui dan menyiapkan dokumentasi pensijilan halal.

  • Mengemas kini rekod kerja lebih masa bagi staf dapur dan F&B serta menghantarnya kepada Jabatan Sumber Manusia.

  • Membantu dalam pelaksanaan operasi Makanan dan Minuman (F&B).

Penolong Pengurus

  • Memantau dan menyelenggara inventori kedai.

  • Berkomunikasi dengan pelanggan dan menilai keperluan mereka.

  • Menilai prestasi pekerja serta mengenal pasti keperluan pengambilan dan latihan.

DEDIKASI

Assalamualaikum,

Bake Mastery ini didedikasikan kepada semua pelajar Kursus Kek dan Konfeksioneri serta sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu dalam bidang kek dan konfeksioneri. Sebagai sebuah sumber pendidikan terbuka (OER), laman ini dibangunkan dengan harapan dapat menjadi rujukan yang mudah diakses, bermanfaat, dan memberi inspirasi kepada para pelajar, pendidik, serta masyarakat umum yang berminat dalam seni kulinari.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan khas buat Dr. Nurhanim Saadah Binti Abdullah, atas bimbingan, tunjuk ajar serta galakan berterusan yang telah menjadi sumber kekuatan dan motivasi utama dalam menjayakan pembangunan Bake Mastery. Beliau merupakan Doktor Pendidikan (Teknologi Pendidikan dan Multimedia) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dedikasi beliau dalam mendidik dan membimbing bukan sahaja memberi nilai tambah kepada proses pembelajaran, malah telah membuka ruang untuk melahirkan inovasi dalam pendidikan kulinari.

 

Turut dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Siti Hajar Binti Zakariah, Doktor Falsafah (Pengurusan Hotel), atas nasihat, sokongan moral, dan panduan ilmiah yang telah membantu dalam memperkukuh aspek pengurusan, kualiti, dan profesionalisme dalam pembangunan Bake Mastery. Sumbangan beliau amat bermakna dalam memastikan laman ini tidak hanya berfungsi sebagai bahan pembelajaran, tetapi juga sebagai platform yang menonjolkan nilai kesempurnaan dan kecemerlangan dalam bidang hospitaliti dan kulinari.

Dr. Nurhanim Saadah Binti Abdullah
Dr. Siti Hajar Binti Zakariah

Dr Nurhanim Saadah Binti Abdullah

Dr Siti Hajar Binti Zakariah

bottom of page