Kek Red Velvet
- Oct 23, 2025
- 2 min read
Kalau sebut Red Velvet Cake, mesti ramai terus terbayang warna merah yang menggoda dengan lapisan krim putih lembut di tengahnya. Kek ini bukan sekadar cantik, tapi juga punya rasa yang sangat unik, gabungan coklat ringan, masam-manis halus, dan tekstur lembut yang cair di mulut.
Kek ini sering digelar kek cinta, sebab rupanya yang romantik dan sesuai untuk majlis istimewa seperti ulang tahun, hantaran kahwin, malah sambutan Hari Guru atau Hari Ibu. Di Bake Mastery, kami hasilkan versi Red Velvet Cake yang lembap, gebu, dan mudah disediakan, tanpa perlu peralatan mahal, tapi hasil tetap menawan.
Red Velvet mula terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1940-an. Warna merahnya yang ikonik dulu bukan datang dari pewarna makanan, tetapi hasil tindak balas kimia antara serbuk koko, buttermilk, dan cuka. Asid dari bahan-bahan ini menjadikan kek berwarna kemerahan semula jadi dan lebih lembut. Kini, warna merah ditambah menggunakan food coloring, tetapi rahsia sebenar kek ini tetap pada keseimbangan rasa, sedikit coklat, sedikit masam dan sangat lembut.

Bahan-Bahan Utama & Fungsinya dalam Kek Red Velvet
(Sila rujuk resipi di bawah untuk sukatan penuh)
🧈 Mentega Tanpa Garam
Mentega ialah bahan asas yang beri tekstur kek lebih kaya dan rasa lemak yang wangi 😋. Untuk kek red velvet, gunakan mentega pada suhu bilik supaya mudah sebati dengan gula semasa diputar. Mentega juga membantu struktur kek jadi lembut dan gebu.
🍬 Gula Kastor
Gula kastor bertekstur halus, jadi ia lebih cepat larut dalam adunan dan bantu hasilkan kek yang gebu serta sekata. Rasa manisnya juga lembut, tak terlalu kuat, sesuai untuk red velvet yang seimbang antara manis dan masam.
🥚 Telur
Telur berfungsi sebagai bahan pengikat dan pemberi struktur. Ia juga menambah kelembapan semula jadi dan membantu kek naik dengan elok.
🍫 Serbuk Koko
Walaupun hanya sedikit, serbuk koko adalah kunci kepada rasa “velvet” yang sebenar, ringan, tidak pahit, dan memberi warna merah yang dalam bila digabungkan dengan pewarna.
🌿 Cuka Putih
Cuka mungkin nampak pelik dalam resepi kek, tapi ia sangat penting! Ia bantu tindak balas kimia dengan baking soda supaya kek naik dengan sekata. Cuka juga cerahkan warna merah kek.
❤️ Pewarna Merah (Red Food Colouring)
Bintang utama red velvet cake! Pewarna merah beri rupa klasik yang memukau. Guna pewarna jenis gel supaya warnanya lebih pekat tanpa mengubah tekstur adunan.
1
Mentega
Mentega memberikan rasa kaya dan lembut pada kek. Gunakan mentega pada suhu bilik supaya adunan sebati dengan sempurna. Jika terlalu sejuk, kek mungkin jadi padat dan tidak naik sekata.
2
Serbuk Koko
Serbuk koko memberi aroma coklat yang lembut, bukan rasa pahit seperti kek coklat penuh. Ia juga membantu menghasilkan warna merah pekat bila bertindak balas dengan bahan asid seperti cuka dan susu. Gunakan serbuk koko unsweetened untuk kawalan rasa terbaik.
3
Pewarna Merah
Gunakan pewarna gel untuk warna merah yang pekat dan menarik tanpa menjejaskan tekstur adunan. Jika guna pewarna cecair, tambahkan sedikit tepung supaya adunan tidak terlalu cair.
4
Cream Cheese Frosting
Krim keju memberikan keseimbangan rasa lembut, sedikit masam, dan berlemak. Campuran cream cheese, mentega, whipping cream dan gula aising menghasilkan tekstur licin dan stabil. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik supaya tidak berketul semasa dipukul.
5
Sejukkan Kek
Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum disapu frosting agar krim tak cair atau meluncur.
Notes



1
Dalam satu mangkuk, satukan susu dan cuka masakan. Gaul perlahan. Susu akan jadi berketul tapi jangan risau, ia adalah normal.



2
Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang, ringan dan berwarna pucat. Kemudian, masukkan telur satu per satu, pukul setiap kali hingga sebati. Tambah esen vanila dan gaul sebentar.



3
Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung kek, serbuk koko, dan baking soda. Masukkan bahan kering ke dalam adunan mentega secara berselang-seli dengan susu segar. Contoh: sedikit tepung → sedikit susu → ulang sehingga habis.



4
Akhir sekali, masukkan pewarna merah. Gaul rata hingga warna sekata dan tekstur licin. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah disapu mentega dan kertas minyak.
Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit atau sehingga masak.



5
Untuk membuat Cream Cheese Frosting, putar dahulu whipping cream sehingga pekat dan ketepikan. Dalam mangkuk besar yang lain, pukul mentega, gula aising dan cream cheese hingga kembang dan gebu.



6
Akhir sekali, masukkan whipping cream. Pukul sekejap hingga tekstur licin dan berkrim.



7
Untuk menghias kek, potong kek kepada dua atau tiga lapisan (jika mahu berlapis). Sapu cream cheese frosting di antara lapisan kek dan di seluruh permukaan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.



8
Boleh sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Instructions
1 3/4 cawan tepung kek
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 cawan gula kastor
2 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar cuka masakan
Kek Red Velvet
1/2 cawan mentega
1 cawan cream cheese
3/4 cawan whipping cream
2/3 cawan gula aising
Cream Cheese Frosting
RED VELVET CAKE
Author Bake Mastery
Wan Norazrin Ezazy

Kek klasik yang memikat hati dengan warna merah menawan dan tekstur selembut baldu. Gabungan rasa manis, sedikit masam, dan aroma koko yang halus menjadikan setiap suapan begitu memuaskan. Disalut dengan krim keju lembut dan berkrim, kek ini sesuai untuk sebarang majlis, dari hari lahir hingga ke jamuan istimewa.
8-10
Prep Time
10 min
Baking Time
40 min
Cooling Time
30 min
Total Time
1 hour 20 min





Comments